Kempen Derma Buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera
YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan
Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Kempen Derma Buku yang melibatkan 3 kampus iaitu Kampus Kuala Pilah, Kampus Seremban dan Kampus Rembau.
Objektif utama kempen ini adalah seperti di bawah :-
1. Memupuk budaya membaca khususnya di kalangan pelajar dan masyarakat.
2. Menyemai keinginan untuk berkongsi ilmu melalui pelbagai bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan.
3. Menambah koleksi dan kepelbagaian bahan bacaan di perpustakaan.
4. Membantu masyarakat setempat dengan menganjurkan program Khidmat Masyarakat Sosial (CSR)
Untuk makluman semua juga buku-buku yang diwakafkan akan disalurkan ke beberapa tempat yang akan dipilih oleh Jawatankuasa Kempen Derma Buku seperti:.
1. Rumah Darul Asnaf Seri Tanjung Ipoh, Tanjung Ipoh Kuala Pilah
2. Pusat Sumber Sekolah di Daerah Kuala Pilah, Seremban dan Rembau
Jenis-jenis buku yang diperlukan adalah seperti berikut :-
1. Buku-buku rujukan
2. Buku fiksyen remaja
3. Buku Pendidikan
4. Buku Motivasi
5. Buku Agama
6. Buku rujukan bagi PT3
7. Majalah Buku-buku yang bersesuaian
Buku-buku tersebut bolehlah diserahkan di kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi PTAR disemua Kampus UiTM Cawangan Negeri Sembilan
bermula dari 27 Mac 2017 (Isnin).
Mohon kerjasama semua yang berminat untuk mewakafkan buku mengisi borang penyerahan buku-buku baru / lama yang dilampirkan.
Bersama-sama ini juga dilampirkan brosur Kempen Derma Buku Anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn Nurbani Nurdin (06-4832216) atau Pn Halimah Mohamad Zahari (06-4832227).
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Majlis Perasmian Kempen Derma Buku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Semua kakitangan dan pelajar UiTM kampus Kuala Pilah dijemput hadir majlis perasmian kempen de...